Broadcast dari Sosial Media
silahkan di share jika bermanfaat.
hubungi admin jika ada kesalahan, supaya diperbaiki.
#taulebihdulu
#lebihdulutau
Tuesday, March 21, 2017
Sunnah sunnah 10 muharram
Sunnah Sunnah 10 Muharram
" Sunnah Para Salafus Solehin pada 10 Muharram membaca Surah Al Ikhlas 1000 kali. Mudah mudahan kita yang beramal ini sama sama mendapat Rahmat Allah سبحانه وتعالى.
Disunnahkan juga kepada kita pada 10 Muharram mengembirakan kanak kanak. Berilah kepada mereka duit atau coklat asalkan mereka gembira. Kerana inilah ajaran Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم. Barangsiapa yang mengembirakan kanak kanak pada Hari 'Asyura, Allah سبحانه وتعالى akan mengembirakannya sepanjang tahun ini.
Bergembiralah pada Hari 'Asyura kerana perjuangan Anbia kita dulu. Kalau malam tadi kita semua mimpi Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, dan Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم berkata kepada kita, kalau kamu mati esok aku akan menunggu kamu di dalam Syurga. Kalau macam tu kita semua nak mati cepat, sebab kita sudah dapat berita yang gembira dan sangat mulia disisi Allah سبحانه وتعالى.
Sunnah pada Hari 'Asyura kita Bersedeqah. Bila Bersedeqah niatlah semoga Allah سبحانه وتعالى murahkan rezeki kamu sepanjang tahun ini, semoga Allah سبحانه وتعالى memelihara rezeki kamu dan umur kamu. Keluarkanlah sedeqah untuk dirimu sendiri, untuk anak anak kamu yang belum baligh dan yang sudah baligh, yang belum kerja dan yang sudah kerja. Mudah mudahan kita mendapat Keridhaan dan Rahmat Allah سبحانه وتعالى Amin .
Kita juga bertawassul kepada Arwah Syuhada yang wafat pada Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura, semoga Allah matikan kita atas Husnul Khotimah, mudah mudahan setelah kita wafat kita bertemu dengan mereka InshaAllah bersama Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, bersama Saidina Hasan ,Saidina Husain dan bersama Saidina Ali Bin Abi Tolib di dalam Firdausil A'la. Amin Allahumma Amin
Di Dalam Hadith yang Masyhur, tidak ada satu Nabi melainkan dia berpuasa pada Hari 'Asyura. Kenapa Para Anbia berpuasa pada hari 'Asyura? kerana setiap Nabi ini mempunyai satu anugerah daripada Allah سبحانه وتعالى pada hari yang sama.
Sepertimana Allah سبحانه وتعالى telah menyelamatkan Saidina Nuh عليه السلام dan kaumnya pada Hari 'Asyura, Allah سبحانه وتعالى menyelamatkan Nabi Musa عليه السلام dan bani israel pada Hari 'Asyura. Allah سبحانه وتعالى menyelamatkan Nabi Ismail عليه السلام daripada pisau ayahnya pada Hari 'Asyura. Allah سبحانه وتعالى Ampunkan dosa dosa Nabi Adam عليه السلام pada Hari 'Asyura. Banyak lagi kelebihan dan cerita tentang Anbia tapi ini antaranya sahaja.
Daripada cerita Saidina Nuh عليه السلام dan kaumnya , Sebenarnya sudah agak lama mereka berada di atas kapal sehingga makanan mereka semua sudah habis. Hari itu mereka mengadu kepada Saidina Nuh عليه السلام, Wahai Nabiyullah makanan kita sudah habis, tidak ada apa apa lagi melainkan yang berbaki sedikit sahaja.
Kemudian Saidina Nuh berkata, apa sahaja yang berbaki pada kamu itu kumpulkan dan bawalah ke sini. Ada yang bawa kacang, ada yang bawa gula, kismis , roti ,daging dan macam macam. Kemudian Saidina Nuh عليه السلام meletakkan semua makanan yang terkumpul itu ke dalam periuk yang besar dan masaknya.
Sehingga hari ini, macam macam yang ada di dalam bubur 'Asyura. Maknanya kita sudah menghidupkan sunnah Anbia. Ujian Nabi Nuh dan kaumnya ketika itu sangat besar, yang penting bagaimana kita mengambil pengajaran daripada perbuatan tersebut. Kebiasaannya bila buat bubur 'Asyura bukan secara individu, tapi secara Jema'ah (ramai ramai). Bila dah ramai ramai maka wujudlah Silatur Rahim, kasih sayang antara mereka, bantu membantu, MashaAllah.Maknanya telah menjalankan banyak perkara yang baik.
Inilah sebenarnya Sunnah Nabi Nuh عليه السلام. Bila seseorang menghidupkan satu sunnah Anbia, dia telah mengembirakan hati Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم. Walaupun tidak ada asal usul seperti cerita bubur 'Asyura itu, bukan satu masalah pun, bukan bid'ah, bahkan tidak ada unsur syirik.
Atau membaca Surah Al Ikhlas 1000 kali, apa masalahnya? jika baca 3 kali daripada Surah Al Ikhlas seakan akan membaca 1 Khatmah (Khatam Quran). Inilah apabila seseorang itu sudah rasa kemanisan dan kemuliaan sunnah Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم.
Jangan lupa juga kepada arwah yang sudah meninggal, ibubapa, pakcik makcik dan sahabat yang telah meninggal, ingatlah mereka. Sebab kita akan mati sepertimana mereka mati. Kita juga perlu kepada orang untuk ingat kita ,yang mengeluarkan sedeqah untuk kita, hantar hadiah kepada kita sesudah kita mati, jagalah sunnah ini.
InshaaAllah setelah seseorang itu mati dia akan dapat apa yang dia buat semasa dia hidup. InshaAllah semoga Allah سبحانه وتعالى jadikan kita dikalangan mereka yang sentiasa mengembirakan hati Nabi Muhammad صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, yang sentiasa beramal dengan sunnah Rasulullah صلى الله عليه واله وص وسلم, yang sentiasa melakukan perkara yang Diridhai oleh Allah dan kekasih Nya Nabi صلى الله عليه واله وصحبه وسلم zahir dan batin, dunia Akhirah. Amin Allahumma amiin "
Murobbi Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى